Pusat Fatwa Mesir dan al-azhar : Pembagian tauhid versy
Wahhaby adalah Sesat
1. Pusat Fatwa Mesir : Kesesatan Aqidah Rububiyah –
Uluhiyah Wahhaby
.
Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan kami bagi Fatwa yang
telah dikeluarkan oleh
Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan Pembahagian Tauhid ala
Taymiyyah dan Wahhabiyyah.
Oleh kerana fatwanya agak panjang maka kami pilih yang sesuai dan
bagi sesiapa yang boleh
berbahasa Arab, silalah merujuk ke:
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623
TERJEMAHAN:
“Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah
daripada pembahagian
yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan
orang pertama yang
menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu
Taymiyyah (semoga Allah
merahmati beliau),…
Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga
menyangkakan bahawa
Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan
bahawa sesungguhnya
golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya
ramai daripada
golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama‟ tauhid yang
menggabungkan naqal dan
aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid
Rububiyyah dan
mengabaikan Tauhid Uluhiyyah.
Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah
sahaja tidak
mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid‟ah
dan bertentangan dengan
ijma‟ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah…
Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan
pendapat-pendapat yang
rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam
dengan syirik dan kufur
dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh
Ibnu Taymiyyah (semoga
Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan
yang dijalankan oleh
pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini)
untuk mereka memburukburukkan
kehormatan umat Islam.
Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah
banyak nas-nas Syariat
menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam
kebathilannya.”
Pembahasan :
1. Syirik dan Tauhid (Iman) tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah
2 perkara yang
berlawanan bagai siang dengan malam.
“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang
yang beriman selamalamanya”
[HR Ibn Adiy].
lihatlah : iman dan bakhil saja tidak akan bercampur! apalagi iman
dengan KUfur!!!!
TIDAK ADA SEBUTAN UMMAT BERTAUHID BAGI YANG TAUHIDNYA BERCAMPUR
DGN KUFUR, YANG ADA ADALAH “MUSYRIK” SECARA MUTLAK!
2. Orang kafir di nash kafir tidak layak disebut bertauhid (dengan
tauhid apapun) bahkan
orang yang telah masuk islam tapi melakukan perbuatan yang membuat
mereka kufur,
itupun tak layak mendapat sebutan bertauhid dan di nash sebagai
KAFIR SECARA
MUTLAK!
Dalil Kufur Fi‟li:
Maknanya: “Janganlah kalian bersujud kepada matahari dan janganlah
(pula) kepada bulan…”
(Q.S. Fushshilat: 37)
Dalil Kufur Qauli:
Maknanya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang
mereka katakan) tentulah
mereka akan menjawab sesungguhnya kami hanyalah bersendagurau dan
bermain-main saja.
Katakanlah apakah terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu
berolok-olok , tidak usah
kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman …” (Q.S.
at-Tubah 65-66)
Maknanya: “Mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama)
Allah, bahwa mereka
telah mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka
telah mengucapkan
perkataan kufur dan menjadi kafir sesudah mereka sebelumnya muslim
…” (Q.S. at-Taubah: 74)
3. Iman itu yakin sepenuhnya dalam hati, diucapkan dgn lisan dan
diamalkan dengan
lisan. Orang hanya ucapannya saja itu tak layak disebut
beriman/bertauhid!
Maknanya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang
orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu…” (Q.S.
al Hujurat: 15)
4. Tidak ada pembagaian Tauhid rububiyah dan uluhiyah. Tauhid
uluhiyah ialah tauhid
rububiyah dan tidak bisa dipisah.
Dari abu dzar ra. berkata, rasulullah saw bersabda : “Tidaklah
seorang hamba Allah yang
mengucapkan Laa ilaha illallah kemudian mati dengan kalimat itu
melainkan ia pasti masuk
sorga”, saya berkata : “walaupun ia berzina dan mencuri?”, Beliau
menjawab :” walaupun ia
berzina dan mencuri”, saya berkata lagi : “walaupun ia berzina dan
mencuri?” Beliau menjawab
:” walaupun ia berzina dan mencuri, walaupun abu dzar tidak suka”
(HR imam bukhary, bab
pakaian putih, Hadis no. 5827). Lihat ratusan hadis ttg kalimat
tauhid laa ilaha illah dalam
kutubushitah!
Kalimat “laailaha illalllah” mencakup rububiyah dan uluhiyah,
kalau saja uluhiayah tak
mencukupi, maka syahadat ditambah : “laa ilaha wa rabba illallah”
tapi nyatanya begitu!!
hadis tentang pertanyaan malaikat munkar nakir di kubur : “Man
rabbuka?”
kalaulah tauhid rububiyah tak mencukupi, pastilah akan ditanya :
Man rabbuka wa ilahauka?,
tapi nyatanya tidak!!
5. WAHABY MENGGELARI ORANG YANG DI NASH KAFIR SECARA MUTLAK
OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA
DENGAN GELAR “UMAT BERTAUHID
RUBUBIYAH”
- orang kafir tetap di sebut kafir secara mutlak, tak ada satupun
gelaran “tauhid” bagi
mereka! lihat QS. Az Zukhruf ayat 88
{وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ
يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ
يَعْلَمُونَ (86) وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (87) وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا
يُؤْمِنُونَ (88) فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (89) }
[الزخرف: 86 - 89]
86. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak
dapat memberi syafa‟at;
akan tetapi (orang yang dapat memberi syafa‟at ialah) orang yang
mengakui yang hak (tauhid)
dan mereka meyakini(nya)1368.
87.Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang
menciptakan mereka,
niscaya mereka menjawab: “Allah”, maka bagaimanakah mereka dapat
dipalingkan (dari
menyembah Allah)?,
88.dan (Allah mengetabui) ucapan Muhammad: “Ya Tuhanku,
sesungguhnya mereka itu
adalah kaum yang tidak beriman (tidak bertauhid DI NASH KAFIR
SECARA
MUTLAK!!)”.
89.Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
“Salam (selamat tinggal).”
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. Az Zukhruf : 86-89)
Orang kafir menurut tauhid rububiyah wahaby sendiri tidak yakin
100% kerububiyahan Allah
MEREKA MASIH MENYAKINI BERHALA-BERHALA BISA MEMBERI MANFAAT!!!
Mereka telah di nash kafir atau tidak ada iman oleh Allah dan
rasulnya!, tak ada satupun
gelaran “tauhid” bagi mereka! lihat QS. Az Zukhruf ayat 88
Sedangkan “seorang kafir tidak mungkin muslim apalagi mu‟min
(beriman/bertauhid)“
dan “seorang mu‟min itu pasti muslim, tetapi seorang muslim
belum tentu mu‟min” sesuai
dengan firman Allah :
“Surat alHujurat : 14
{قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ
تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ
وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا}
[الحجرات: 14
Jadi , muslim = orang islam (secara hukum) sudah syhadatain
munafiq = muslim (secara hukum) yang bukan mu‟min, dhahirnya
muslim tapi aqidahnya belum
betul
mu‟min = orang yang iman betul dan kuat dan pasti muslim
kafir = bukan bukan muslim apalagi mu‟min
„Orang-orang Arab Badui berkata, “kami telah beriman.” Katakanlah
(kepada mereka), “kamu
belum beriman, tetapi katakanlah „kami telah tunduk (Islam),‟
karena iman belum masuk ke
dalam hatimu … ”
kenapa wahaby menghukumi orang kafir sebagai “umat
bertauhid/beriman rububiyah”????
Kesimpulan (silahkan rujuk pusat fatwa al-azhar mesir):
orang Wahabi mengatakan : orang kafir mengakui adanya Allah tetapi
mereka menyembah
selain Allah.
Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi
menyembah selain Tuhan
adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang
mempersekutukan Allah. Adapun
Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu
mengesakan Tuhan sehingga tidak ada
yang disembah selain Allah.
Demikian pengajian Wahabi.Pengajian seperti ini tidak pernah ada
sejak dahulu. hairan
kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan
digelar kaum
Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik
sebagai ummat
Tauhid? Tidak!
Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara
yang berlawanan bagai siang
dengan malam. Mungkinkah bersatu siang dengan malam
serentak?Begitulah juga tidak adanya
syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid
atau Musyrik. Tidak ada
kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang
dipelopori oleh puak Wahabi
& kini telah merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di
Timur Tengah. Kaum Wahabi
yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk
menggolongkan manusia yang
datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan
Ahlussunnah wal Jamaah
yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang
mengikuti mereka sahaja
adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyah.
2. Al-Allamah Al-Mufassir Al-Muhaddith Al-Faqih al-Sheikh
Abdurrahman Khalifah dan
Fatwa Ulama‟ Al-Azhar Menolak Wahhabiyyah Taymiyyah
Terjemahan:
[[[ Ini adalah nukilan bagi fatwa para mashayikh al-Azhar di
zaman al-Maghfur Lah al-
Sheikh ABu al-Fadhl al-Jizawi berkenaan kitab "Ijtima'
al-Juyush al-Islamiyyah" dan apa
yang terkandung di dalamnya daripada pandangan-pandangan yang
mentashbihkan Allah
Ayat al-Quran: “Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran)
kepada kamu. di antara (isi) nya
ada ayat-ayat yang muhkamaat, Itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan
yang lain (ayat-ayat)
mutasyaabihaat. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong
kepada kesesatan, Maka
mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat
daripadanya untuk menimbulkan
fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang
mengetahui ta'wilnya melainkan
Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami
beriman kepada ayat-ayat
yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan
tidak dapat mengambil pelajaran
(daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” Ayat 7: Surah Ali Imran.
Keputusan Berkenaan Kitab “Ijtima‟ al-Juyush al-Islamiyyah” yang
disandarkan kepada
Ibnu Qayyim al-Jawziyyah yang telah dibawa kepada ulama‟
Al-Azhar untuk tujuan
memberi pendapat mereka berkenaan kitab ini dan inilah ia:
“Kitab ini telah ditulis oleh penulisnya Ibn al-Qayyim untuk
menyokong pendapatnya dan
pendapat sheikhnya Ibnu Taymiyyah dalam perkara berkenaan nas-nas
Mutashabihat yang
terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah, yang mana mereka (Ibnu
al-Qayyim dan Ibnu
Taymiyyah) mewajibkan beriman dengan makna zahir nas-nas tersebut
walaupun ia
bertentangan dengan fahaman akal yang sihat/sejahtera, dan walaupun makna zahir tersebut
tersangat jelas dalam menyebabkan Tashbih (Menyerupakan Allah dengan
makhluk) dan Tajsim
(meletakkan sifat jisim ke atas Allah),
Dalam hal ini, mereka (Ibnu al-Qayyim dan Ibnu Taymiyyah)
bertentangan dengan
perkumpulan umat-umat Islam dan persepakatan para ulama‟ Islam yang telah bersepakat
bahawa prinsip-prinsip asas aqidah dan isu-isu berkaitan ketuhanan
hanyalah diambil daripada
dalil-dalil akal yang pasti, dan apabila aqal dan naqal
bertentangan dalam hal-hal tersebut maka
diutamakan akal kerana ia (akal) adalah asas beriman dengan naqal.
Dan dalil akal yang pasti itu menunjukkan bahawa wajib Allah SWT
itu suci daripada
menyerupai perkara-perkara baharu (makhluk) kerana kalau Dia
menyerupai yang baharu itu,
maka Dia jua adalah baharu, dan ini adalah mustahil.
Dan telah datang nas-nas Shariat yang banyak yang menguatkan
akidah ini (Allah tidak
menyerupai yang baharu) melainkan hanya sedikit ayat-ayat
al-Quran dan Hadis yang
mengandungi sedikit sangkaan tashbih pada zahirnya, maka wajiblah
dikatakan makna yang
zahir (yang mengandungi sangkaan tashbih itu) itu mustahil
kerana berdasarkan fahaman akal
yang sahih dan nas-nas Al-Quran dan Hadis Muhkam (Yang Jelas, Tepat dan Tidak Dinasakh
Maknanya) yang mewajibkan tanzih
(Menyucikan Allah Daripada Segala Sifat-sifat Yang
Tidak
Layak Bagi-Nya, Menolak Tashbih dan Tajsim).” ]]]
Sedikit Huraian:
4. Seorang alim yang masyhur seperti Sheikh Abdurrahman Khalifah
telah menolak golongan
Wahhabi dengan secara terang dan jelas serta menyatakan bahawa
mereka membawa fahaman
Tashbih dan Tajsim. Namun, ada di antara kita yang masih berdegil.
Mengapa, fikirlah sendiri.
Kita yang tidak faham masalah sebenar? atau Sheikh Abdurrahman
Khalifah yang silap
faham? Fikir-fikirkanlah.
5. Para ulama‟ al-Azhar pada zaman Sheikh Abu al-Fadhl al-Jizawi
telah sepakat menolak
akidah yang dibawa di dalam kitab-kitab Ibnu Taymiyyah dan Ibnu
al-Qayyim al-Jawziyyah dan
menyatakan bahawa akidah mereka bertentangan dengan majoriti umat
dan ulama‟ Islam.
Bagaimanakan pendirian anda? Patutkan anda berkata bahawa ulama‟ al-Azhar tersilap
faham? Fikir-fikirkanlah
6. Sekirangnya anda meneliti kandungan rujukan kitab-kitab
golongan Wahhabi pada hari ini,
banyak daripada mereka menjadikan kitab “Ijtima‟ al-Juyush
al-Islamiyyah” ini sebagai rujukan
mereka. dan anda telah pun mengetahui kedudukan kitab ini daripada
kacamata ulama‟ al-Azhar.
7 Banyak lagi yang tidak dapat kami tuliskan di sini. Diharapkan
agar anda semua terus berdoa
dan mengkaji. Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita jalan yang
lurus.
LAMPIRAN
Senarai para ulama‟ yang telah menolak
Wahhabi/Hashawiyyah/al-Jahwiyyah/Tajsim &
Tashbih ala Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu al-Qayyim dan
nas-nas mereka
telah disertakan di dalam blog ini:
Ulama‟ Arab:
1. al-Imam al-‟Allamah Al-Sheikh Muhammad Ibn Abdullah Ibn Humayd
al-Najdi al-Hanbali,
Mufti Mazhab Hanbali di Mekah al-Mukarramah (Wafat 1295H)
2. Khatimah al-Muhaqqiqin al-Imam Muhammad Amin (terkenal dengan
gelaran Ibn Abidin),
alim besar mazhab Hanafi
3. al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi
4. Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram, Sheikh Ahmad Zayni
Dahlan
5. Al-Qadhi al-Sheikh Yusuf al-Nabhani al-Shafi‟e, Qadhi Mahkamah
Syariah/ Ketua
Mahkamah Tinggi di Beirut [wafat 1350 H], Kitab beliau yang
menolak Wahabi ditaqridz
(disemak dan dipuji) oleh:
*Hadrah al-Ajall al-Afkham Al-„Allamah Al-Jalil Al-Akram Al-Marhum
al-Sayyid Ali al-
Bablawi al-Maliki –
Mantan Sheikh al-Jami‟ al-Azhar (Sheikh Masjid Jami‟ al-Azhar) ;
*Al-„Allamah al-Kamil Al-Fahhamah al-Fadhil Sheikh Mashayikh
al-Hanafiyyah (Sheikh Para
Ulama‟ Mazhab Hanafi) dan Mantan Mufti Mesir al-Marhum al-Sheikh Abd
al-Qadir al-Rafi‟e;
*Sheikh al-Islam, Mahathth Nazr al-„Anam Sheikh al-Jami‟ Al-Azhar
(Sheikh Masjid Jami‟ al-
Azhar) al-Sheikh Abd al-Rahman al-Sharbini;
*Hadrah al-Ustaz al-Mukarram al-Allamah Al-Afkham U‟jubah al-Zaman
wa Marja‟ al-Ummah
fi Mazhab al-Nu‟man Sahib al-Fadhilah al-Sheikh al-Bakri
al-Sadafi, Mufti Mesir dan Ketua
Ulama‟ Mazhab al-Hanafi Al-Sheikh Muhammad Bakri Muhammad
„Ashur al-Sadafi;
*Hadrah al-Allamah Shams Bahjah al-Fudala‟ wa Durrah Uqad Zawi
al-Tahqiq al-Nubala‟ al-
Ustaz al-Fadhil wa al-Fahhamah al-Kamil al-Sheikh Muhammad Abd
al-Hayy Ibn al-Sheikh
Abd al-Kabir al-Kattani Al-Hasani – di antara ulama‟ yang teragung di Maghribi;
*Hadrah al-Hasib al-Nasib al-Ha‟iz min darari al-Majd aw fi nasib
zi al-kamal al-Zahir wa al-
„Ilm al-Wafir al-Sayyid Ahmad Bek al-Husayni al-Shafie
al-Muhami al-Shahir – alim mazhab
al-Shafie;
*Hadrah al-„Allamah al-Kabir wa al-Fahhamah al-Shahir, Subhan
al-Zaman wa Ma‟din al-Fadl
wa al-„Irfan al-Sheikh Sulayman al-„Abd al-Shibrawi al-Shafie
al-Azhari – alim mazhab al-
Shafie;
*Hadrah al-Allamah al-Lawza‟I al-Fahhamah, Ma‟din al-Kamal wa
Insan „Ayan al-Fadl wa al-
Jalal, al-Sheikh Ahmad Hasanayn al-Bulaqi – salah seorang
ulama‟ mazhab al-Shafie di Al-
Azhar;
*Hadrah al-„Allamah Al-Fadhil wa al-Malazz al-Kamil al-Sheikh
Ahmad al-Basyouni – Sheikh
Mazhab Hanbali di Al-Azhar;
*Al-Allamah al-Sheikh Said al-Muji al-Gharqi al-Shafie
al-Azhari – di antara ulama‟ mazhab
al-Shafie di Al-Azhar; dan
*Al-„Allamah Al-Sheikh Muhammad al-Halabi al-Shafie
Al-Misri Al-Azhari – di antara
ulama‟ mazhab al-Shafie di Al-Azhar.
6. Sultan al-Ulama‟, Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam, alim besar
mazhab al-Shafie
7. Penutup Para Fuqaha‟ dan Ulama‟ Hadis, Sheikh al-Islam Al-Imam
Ibnu Hajar al-Haytami Al-
Makki Al-Sa‟di, alim besar mazhab Shafie dan pelbagai disiplin
ilmu.
8. al-Qadhi Ibn Jahbal [Wafat 733H] seorang faqih mazhab Shafie
dan ulama‟ mazhab al-
Asha‟irah yang merupakan salah seorang alim yang sezaman dengan
Ibnu Taymiyyah [Wafat
728H].
9. Imam Abu Zahrah (menolak metodologi Ibnu Taymiyyah dalam
memahami mutashabihat)
10. Al-Allamah Al-Mufassir Al-Muhaddith Al-Faqih al-Sheikh
Abdurrahman Khalifah
11. Ulama‟ Al-Azhar pada era al-Sheikh Abu al-Fadhl Al-Jizawi
Ulama‟ Melayu:
1. Abu Zahidah Bin Haji Sulaiman
2. Abu Qani‟ah – Haji Harun Bin Muhammad al-Samadi al-Kalantani
Kitab mereka berdua telah ditaqridz (disemak dan dipuji) oleh tiga
ulama‟ Melayu di utara tanah
air pada waktu itu. Mereka ialah:
*Sheikh Abdullah Fahim;
*Sheikh Tuan Haji Ahmad Bin Tuan Hussein (Kedah); dan
*Sheikh Tuan Guru Haji Abdurrahman Merbuk, Kedah.
3. Sheikh Ahmad al-Fathani.
“Hidayah
itu milik Allah jua”.
wehh !! Mamas kii
BalasHapus