*🦅PDS-7🇮🇩*
*PECINTA DUNIA SUFI*
*MARTABAT 7-ALAM*
*Kajian Tauhid Sufi*
*Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma'ani?*
Peranan sifat ma'ani hanya sekadar *menjadi saksi (kesaksian)* Sifat ma'ani berperanan sekadar sifat menumpang.
Seumpama basyar, hanya menumpang kepada sifat basyirun. Telinga menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun.
Lidah menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun.
*Sifat ma'ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allah).*
Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini, semuanya kepunyaan Allah.
Kita ada mata, tetapi Allah yang memiliki sifat penglihatan.
Kita ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat pendengaran.
Kita ada mulut tetapi Allah yang memiliki sifat berkata- kata.
Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini adalah kepunyaan Allah.
Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh dan pada diri kita sendiri.
Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal.
Allah berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui panca indera.
Allah beriradat, manakala diri pula bersifat berkehendak (dapat berkeinginan melalalui rasa).
Allah bersifat sama' manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga.
Allah bersifat basyar manakala diri pula bersifat melihat melalui mata.
Allah bersifat kalam, manakala diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.
Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah.
Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diri kita pulang ke pangkuan Allah dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah.
Bahawasanya diri kita ini, sebenarnya adalah kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara mutlak.
*Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).*
Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah.
Jangan sekali-kali cuba memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh kita.
Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita tidak layak untuk menerima pinjaman Allah.
Pakaian Allah itu, Allahlah pemiliknya, Allahlah yang layak memakainya.
Pengertian sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN".
Ma'ani adalah sifat yang menumpang kepada sifat lain, *seumpama sifat hidup yang bergantung kepada sifat haiyun, seumpama sifat basyar, yang bergantung kepada sifat basyiron dan sebagainya.*
*Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantung kepada sifat maknawiyah.*
👇🏻
Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi.
Berfungsinya sifat ma'ani adalah dengan kerana limpahan rahmat dari sifat maknawiyah (kuasa Allah).
*Sifat ma'ani itu, bergantung dan menumpang sifat maknawiyah.*
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ma'ani?
Sifat yang terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:
1. Hayat = hidup
2. Qudrat = kuasa
3. Iradat = berkehendak
4. Ilmu = mengetahui
5. Sama' = mendengar
6. Basyar = melihat
7. Qalam = berkata-kata
Apakah Bentuk Sifat Ma'ani?
Bentuk sifat ma'ani itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh digambarkan oleh akal. Ianya juga merupakan sifat yang terzahir (tergambar) pada fikiran dan terbayang pada khayalan.
Seumpama sifat hayat (hidup), ianya terbayang kepada sifat nyawa, sifat melihat, terbayang pada sifat mata dan pendengaran, terbayang kepada sifat telinga.
Kita boleh bayangkan sifat ma'ani, melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Sifat ma'ani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan, ertinya maujud pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan sebenar.
Ujud sifat ma'ani itu, adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang lain.
*Tanpa kerana sifat yang lain, sifat ma'ani tidak boleh wujud dan tidak boleh zahir.*
Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan menumpang sifat maknawiyah.
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri kita?
*Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7;*
1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita.
Tujuan dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya.
*Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih.*
Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh.
Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya.
Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat dan sifat berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya.
*Sifat-sifat tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak Allah Ta'ala.*
Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata.
Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu.
Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan kepunyaan Allah swt *yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya, sementara hayat masih dikandung badan.*
Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya.
*Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.*
*Maha suci Allah dari ibarat dan misal.*
Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanya sekadar mempermudahkan faham.
Sifat ma'ani itu, adalah seumpama bayang-bayang, manakala Allah Ta'ala itu, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.
Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah.
*maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya.*
Mereka tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian Allah.
Pakaian Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, iradat, samak, basyar dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh seumpama;
1. Pakaian sifat mati (binasa)
2. Pakaian sifat bodoh dungu
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak berupaya
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak
5. Pakaian sifat pekak dan tuli
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu
Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah swt.
Mereka ini beranggapan dan beriktikat bahawa, diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa.
Mereka tidak lagi berakal, tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi bersuara diri lagi.
*Jasad mereka sudah fana', serta baqa' dan karam dalam wajah Allah swt.*
*Diri mereka tidak ubah seumpama mayat yang hidup.*
Mereka tidak memakai pakaian Allah, mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka tidak memakai apa-apa yang menjadi hak Allah.
Tidak layak bagi mereka untuk menerima apa-apa yang menjadi milik Allah.
Bagi mereka, segala-galanya adalah *dari Allah, kepada Allah dengan Allah karena Allah.*
Baik di dalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam penglihatan, pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik Allah.
Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan mereka ialah suara (kata-kata) Allah Allah.
*Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah Allah swt.*
*Yang berkuasa dan berilmu itu adalah Allah.*
*Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam menterjemah sifat ma'ani.*
Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.
Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini, sebenarnya adalah milik Allah.
*Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik Allah, hendaklah kita kembalikannya semula kepada Allah.*
Seandainya yang menjadi milik Allah itu telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa masih berada di dalam dunia, apabila kita pulang ke rahmatullah kelak (setelah kita mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat Munkar Dan Nakir.
*Sifat Ma’nawiyah*
Adapun hakikat sifat ma’nawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati mu’allalati bi’illati, artinya *hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikarenakan suatu karena yaitu Ma’ani,* umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, artinya Yang Kuasa, Qudrat sifat Ma’ani, Qadirun sifat Ma’nawiah maka berlazim-lazim antar sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiah, tiada boleh bercerai yaitu tujuh sifat pula:
1. QADIRUN, artinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat
2. MURIIDUN, artinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat
3. ‘ALIMUN, artinya Yang Mengetahui maka melazimkan ‘Ilmu yang berdiri pada dzat
4. HAYYUN, artinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat
5. SAMI’UN, artinya Yang Mendengar melazimkan Sami’ yang berdiri pada dzat
6. BASIRUN, artinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat
7. MUTTAKALLIMUN, artinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada dzat
Komentar
Posting Komentar
Harap berkomentar yang baik